Elyas Sulaiman

PEA 1616 Perunding Hartanah Anda

0 + Unit
Hartanah Terjual
0 Tahun
Pengalaman
RM 0 Juta
Nilai Jualan

BIO

Hi, saya Elyas Sulaiman atau nama penuh, Elyas Noorherman Bin Sulaiman merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Saya telah memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan Selepas Jualan (After Sales Customer Service) di salah sebuah syarikat Automatif Multinasional, yang merupakan pengedar utama kereta keluaran negara Jepun di Malaysia selama hampir 5 tahun.

Pada tahun 2009 lagi, saya telah mula berkecimpung dalam dunia Sales dan Marketing. Saya memilih untuk bekerja sebagai Perunding Hartanah secara sepenuh masa pada tahun 2012 di agensi IW Properties Shah Alam. Seterusnya, berkhidmat di agensi Azmi & Co (KL) pada tahun 2014 sebelum berkhidmat di Weise International Property Consultants pada tahun 2015.

Alhamdulillah, pada tahu 2015, saya berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Penilaian Negara (INSPEN). Saya berjaya memperoleh Sijil Agensi Hartanah secara separuh masa pada tahun 2016. Kini, saya berkhidmat sebagai Agen Hartanah Percubaan (Probationary Estate Agent) dan sedang menjalani tempoh ‘probation’ selama 2 tahun, perlu menyiapkan ‘Work Diary’ dan menghantar 2 tugasan kepada Lembaga Penilaian, Pentaksiran dan Ejen Hartanah (LPPEH) sebelum menghadiri temuduga bagi melayakkan diri untuk memperolehi ‘lesen’ memiliki agensi sendiri.

Sepanjang hampir 9 tahun pengalaman sebagai Perunding Hartanah, sudah berpuluh urusan hartanah berjaya diselesaikan dengan nilai jualan lebih RM60 juta. Hal ini melibatkan urusniaga jualan dan sewa hartanah subsale memfokus kepada hartanah kediaman, komersial, tanah pertanian dan beberapa urusniaga korporat.

Bagi saya, setiap urusniaga hartanah adalah unik, mempunyai cabaran dan masalah tersendiri, bukan sahaja kerana keadaan hartanah tersebut, malah status hakmilik, sekatan, profil pemilik, pemaju, dan kekuatan kewangan bakal pembeli juga memainkan peranan dalam kejayaan satu2 urusniaga.

Oleh itu, skil menyelesaikan masalah adalah penting yang perlu digilap setiap Perunding Hartanah.

Melalui pengalaman melakukan rundingan demi rundingan, perkongsian daripada Perunding Hartanah berpengalaman, ilmu daripada pegawai bank dan peguam boleh membantu meningkatkan pengetahuan dan skil menyelesaikan masalah bagi menjayakan lebih banyak urusniaga.

Perunding hartanah juga bertindak sebagai ‘consultant’ bukan sahaja kepada pemilik hartanah bagi melancarkan jualan, malah turut memberi khidmat nasihat kepada pembeli hartanah, mereka yang ingin memiliki hartanah pertama, dan pelabur hartanah. 

Selamat melabur dan berjuang memiliki hartanah hebat!

SERVIS

Jual Hartanah

Anda menghadapi kesukaran menjual hartanah anda? Dengan pengalaman dan rangkaian yang luas, insyallah saya boleh bantu. Klik butang untuk isi maklumat tentang hartanah.

Beli Hartanah

Anda Ingin Memiliki Hartanah Impian tetapi tidak jumpa? Hartanah yang bagaimana anda cari? Saya boleh bantu carikan. Klik butang ini dan isi info yang saya perlukan.

SENARAI HARTANAH

Klik mana-mana platform hartanah untuk lihat:

TESTIMONI

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
John Doe
Designer